Home » Rangkaian Strategik

Rangkaian Strategik

sister-skul

SISTER SCHOOL PILOT PROJECT

Antara SainsKu dan Lalor Secondary College, Victoria, Australia.

OBJEKTIF PROGRAM :

  • Mengukuh hubungan, kesefahaman dan penghargaan antara kedua-dua buah sekolah
  • Meningkatkan kefahaman dan saling menghormati budaya masing-masing.
  • Menyediakan peluang kepada staf dan murid membina kemahiran yang boleh mengeratkan hubungan di antara kedua-dua buah negara.
  • Mengeratkan hubungan silaturrahim melalui komunikasi.
  • Menyediakan peluang untuk guru bertukar bahan pengajaran, maklumat mengenai kaedah dan amalan terbaik pedagogi dan dalam bidang pendidikan amnya.
  • Menyediakan peluang bagi murid dan guru untuk saling melawat.

LAWATAN KERJA

Lawatan SainsKu ke Lalor Secondary College, diketuai PK KoKurikulum Cik Rabiah Ghani

Lawatan SainsKu ke Lalor Secondary College, diketuai PK KoKurikulum Cik Rabiah Ghani

Wakil SainsKu di Lalor Secondary College, Australia

Wakil SainsKu di Lalor Secondary College, Australia

Lawatan dari Lalor Secondary College ke SainsKu diberi sambutan meriah

Lawatan dari Lalor Secondary College ke SainsKu diberi sambutan meriah

Upacara menanam pokok oleh wakil Lalor Secondary College

Upacara menanam pokok oleh wakil Lalor Secondary College

OBJEKTIF YANG TELAH DICAPAI :

  • Mengukuh hubungan, kesefahaman dan penghargaan antara kedua-dua buah sekolah:
    • Persembahan LSC kepada warga sekolah SMSK
    • Ceramah motivasi kepada MPP dan pasukan kriket
    • Pengamatan amalan harian (High Table Dinner, perhimpunan harian dsb)
    • Derma wang tunai warga SMSK untuk mangsa kebakaran Victoria
    • Pertukaran cenderamata
    • Upacara menanam pokok
    • Tayangan audio/visual mengenai kedua-dua buah sekolah melalui papan info digital di tempat umum dan bilik guru
  • Meningkatkan kefahaman dan saling menghormati budaya masing-masing.
    • Homestay di Kampung Belimbing bersama PIBG
    • Penghargaan pencapaian : Sekolah Seni, SMK Siburan (luar bandar) and SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor (program integrasi cacat pendengaran)
    • Penghayatan dan kefahaman sejarah, tarikan dan infrastruktur bandaraya Kuching (Orang Utan Sanctuary, Sarawak Cultural Village, museum)
    • Perbincangan mengenai komuniti, latarbelakang sosio ekonomi murid termasuk isu-isu yang dihadapi.
    • Perbincangan mengenai isu-isu sama yang dihadapi di peringkat antarabangsa
  • Menyediakan peluang kepada staf dan murid membina kemahiran yang boleh mengeratkan hubungan di antara kedua-dua buah negara.
    • LSC akan mengongsikan amalan pendekatan “kurikulum menyeluruh” dalam aspek literasi dan kurikulum KBKK
    • SMSK akan mengonsikan amalan dalam pencapaian akademik
  • Mengeratkan tali silaturrahim dengan saling komunikasi.
    • Guru dan murid kedua-dua buah sekolah telah saling berkomunikasi melalui email
    • Perkongsian peristiwa signifikan
    • Menghantar risalah mingguan (Chalktalk) melalui email
  • Menyediakan peluang untuk guru bertukar bahan pengajaran, maklumat mengenai kaedah dan amalan terbaik dan dalam bidang pendidikan amnya.
    • Guru Cemerlang akan mengongsikan kaedah penghasilan modul pembelajaran
    • Guru LSC akan berkongsi kaedah penghasilan kurikulum KBKK
    • *   Hasrat untuk bekerjasama dan perkongsian bahan telah dibentang kepada JPNS (telah direstui oleh Pengarah semasa lawatan kunjung hormat)
  • Menyediakan peluang bagi murid dan guru untuk saling melawat
    • Meninjau aspek ‘best practices
    • 3 orang guru akan mempromosikan kurikulum KBKK dalam pedagogi