Utama » Dari Meja Pengetua

Aluan Pengetua

25 March 2009

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam perpaduan..

Hajjah Salbiah Hj Seman - Pengetua SainsKu

Hajjah Salbiah Hj Seman - Pengetua SainsKu

Alhamdulillah, sekali lagi setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi kerana kesempatan mencoret semula dalam ruangan ini.

Kebelakangan in Sainsku telah banyak menempah kejayaan dalam setiap bidang yang kita ceburi khususnya suku tahun pertama tahun ini. Kejayaan kita dalam aktiviti kokurikulum amat membanggakan. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru, pelajar serta kakitangan sekolah khususnya guru-guru dan pelajar yang terlibat secara langsung dalam menjayakan aktiviti ini. Semoga kejayaan ini membawa kepada kejayaan yang lebih bermakna pada masa akan datang. 

Akhir kata, saya berdoa agar segala usaha yang kita jalankan mencapai matlamat demi merealisasikan wawasan sekolah serta memberi pulangan yang membanggakan.

Dengan Ikhlas,
Puan Hajah Salbiah bt Hj Seman
Pengetua Sekolah Menengah Sains Kuching.