Berita »

5 Jul 2010 - 4:28 am
KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI 2010 PERINGKAT NEGERI SARAWAK

SM Sains Kuching telah dipilih menjadi tempat berlangsungnya Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri yang telah berlangsung dari 23 hingga 24 Jun 2010. Perasmian penutupan telah di rasmikan oleh En Bedui Uni, PPD Kuching.

Berita »

5 Jul 2010 - 4:20 am
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 2010

Latihan Dalam Perkhidmatan SM Sains Kuching akan diadakan seperti berikut;
Tempat : LUNDU Retreat Resort Training Centre
Tarikh : 9 hingga 10 Julai 2010
Gambar-gambar semasa LDP

Berita »

5 Jul 2010 - 3:28 am
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada 22 Jun lepas. Pelajar-pelajar telah mengadakan persembahan masing-masing mengikut tingkatan.

Berita »

7 May 2010 - 12:26 am
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2010

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2010
Majlis Anugerah Cemerlang telah berlangsung pada 29 April 2010 yang lepas. Majlis yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik telah disempurnakan oleh Y.B. Ir. Datuk Haji Daud bin Abdul Rahman, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur.
Beberapa bahagian anugerah telah disampaikan antaranya ialah :
• Anugerah Subjek Terbaik Peringkat Menengah Rendah Tingkatan 1 (2009)
• Anugerah Subjek Terbaik Peringkat Menengah Rendah Tingkatan 2 (2009)
• Anugerah Subjek Terbaik Peringkat Menengah Atas Tingkatan 4 (2009)
• Anugerah Kedudukan 3 Terbaik Setiap Kelas Bagi Tingkatan 1 (2009)
• Anugerah …

Berita »

18 Mar 2010 - 8:53 am

Pada 27 Februari yang lepas, SM Sains Kuching telah mengadakan sambutan Maulidul Rasul tahun 2010. Sambutan ini telah dihadiri oleh guru-guru dan kakitangan sekolah yang beragama islam. Pertandingan perarakan antara rumah telah diadakan pada hari tersebut bagi memeriahkan lagi sambutan. Bermula jam 8.00 pagi dengan rumah Emerald diikuti oleh Diamond, Ruby dan Sapphire. Pelajar-pelajar bermula dari tempat letak kereta berhampiran pondok pengawal ke Dewan Selera Bestari sambil berzikir. bacaan zikir diketuai oleh wakil setiap rumah yang telah dipilih. Sejurus selepas perarakan, pelajar dan guru bergerak ke Surau darul Faizhin bagi …