Berita »

19 Oct 2008 - 4:20 pm
Robotik Energising 2008

Tiga pelajar Sekolah Menengah Sains Kuching berjaya mencipta robot dinamakan Auto Reeyder yang mampu mengasingkan sampah daripada sisa pepejal lain.
Abang Mahathir Abang Mohamad Noor dan Nadhirah Mohd. Pangi bersama robot ciptaan mereka, Auto Reeyder pada pertandingan Robotik Energizing 2008 di Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya, Kuching, semalam
Ciptaan robot pelajar itu dipertandingkan pada ‘Robotik Energising 2008’ anjuran Kementerian Pelajaran dan syarikat penerbitan, Sasbadi, melibatkan penyertaan 21 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh Sarawak.

Berita »

19 Mar 2008 - 5:03 pm
Anugerah Perak Wind Orchestra

LIMA buah sekolah, iaitu Sekolah Tun Fatimah, Sekolah Alam Shah, Kolej Tunku Kurshiah, Sekolah Datuk Abdul Razak dan Sekolah Seri Puteri terpilih ke pertandingan akhir Wind Orchestra Ke-8 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur 17 Julai ini.
Pemilihan kelima-lima sekolah itu juga melakar sejarah kerana buat pertama kalinya mereka beraksi di depan para delegasi antarabangsa yang hadir untuk Persidangan Sedunia Pendidikan Muzik anjuran UNESCO di Kuala Lumpur.
Kemenangan yang disifatkan memberi erti yang besar kepada semua sekolah itu juga membawa petanda bahawa pendidikan muzik kini bukan sekadar pendidikan tempelan tetapi sesuatu yang serius …