Home » Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Bahawasanya kami, Pengetua, Guru-guru serta Staf sokongan Sekolah Menengah Sains Kuching dengan ini menyatakan dengan penuh tanggungjawab akan:

1.   Berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan perkhidmatan yang   kami beri

mencapai tahap yang paling tinggi.

2.   Melaksanakan program dan aktiviti sekolah yang dipertanggungjawab kepada kami

dengan penuh iltizam, menepati piawai dan norma yang  ditetapkan oleh sekolah,

Jabatan Pelajaran Sarawak dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.   Melaksanakan tugas dan tanggungjawab kami dengan cekap dan  efisien berpandukan

prosedur dan peraturan.

4.   Memenuhi segala permohonan dan keperluan pelanggan kami sama  ada di dalam

sekolah mahupun di luar sekolah mengikut keupayaan   yang ditetapkan.

5.   Mengambil daya usaha berterusan untuk membantu dan membimbing   pelanggan

kami khususnya para pelajar.

6.   Mengambil tindakan atas aduan pelanggan dalam masa selewat-lewatnya 3 hari dari

tarikh aduan dibuat.

7.   Mewujud perhubungan mesra dengan pelanggan kami selaras dengan   konsep

sekolah penyayang.

8.   Memastikan kemudahan-kemudahan perlu diselenggara dengan baik  selaras dengan

konsep sekolah selamat dan sejahtera.

9.   Memupuk nilai-nilai murni dan asas-asas kenegaraan selaras dengan  konsep sekolah

patriotik.