Home » Latarbelakang

Latarbelakang

SEJARAH SAINSKU

lencana sms kuchingSekolah Menengah Sains KuchingĀ  adalah Sekolah Berasrama Penuh yang kedua ditubuhkan di Sarawak iaitu selepas Sekolah Menengah Sains Miri. Pada mulanya pembinaannya dicadangkan di satu kawasan di Kota Samarahan tetapi akhirnya telah dibina di kawasan sedia ada sekarang. Pembinaannya dirancangkan dalam Rancangan Malaysia Keempat dan dijangka siap pada bulan November 1990 dengan pengambilan kumpulam pertama seramai 150 orang pelajar tingkatan 1 dan 150 orang pelajarĀ  tingkatan 4.

Walau bagaimanapun, disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, pembinaannya telah ditangguh ke Rancangan Malaysia Kelima. Usaha telah dibuat tetapi kerja-kerja pembinaanya terbengkalai dan tapak projek ini kemudiannya dicadangkan untuk dijadikan kampus sementara Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Cadangan tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana kos untuk membaik pulih bangunan yang sedia ada terlalu tinggi dan kerajaan Negeri Sarawak telah menyediakan tapak baru di Kota Samarahan.

Keputusan untuk tidak mengambil tapak sekolah ini sebagai kampus sementara UNIMAS telah menyebabkan Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat untuk meneruskan cadangan asal iaitu menjadikan tapak tersebut sebagai tapak SM sains Kuching. Pada awal tahun 1993, beberapa siri mesyuarat telah diadakan unuk membincangkan penubuhannya. Pada bulan September 1993, pemilihan bakal pengetua dan penolong kanan telah dibuat di Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu dengan melantik Encik Mortadza Haji Alop dari Bahagian Penyeliaan Sekolah, Jabatan Pendidikan Sarawak sebagai pengetua dan Encik Abdul Ghani Mohd. Niza daru Sekolah Tunku Abdul Rahman, Ipoh sebagai penolong kanan.

sainsku1Pada 16 November 1993 satu lagi mesyuarat diadakan di Bahagian Penyeliaan Sekolah, Jabatan Pendidikan Sarawak untuk membincangkan persiapan tapak projek sekolah ini. Turut serta dalam mesyuarat ini ialah Dato Haji Abdul Taip Bin Md. Zin, Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Tuan Haji Kamari Haji Sadiman, Ketua Penolong Pengarah Unit Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Puan Hajjah Dona Babel, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyeliaan Sekolah, Jabatan Pendidikan Sarawak dan Encik Abdul Ghani Bin Mohd. Niza, Penolong Kanan Sekolah Menengah Sains Kuching.
Pada 1 Disember 1993 kerja-kerja pengurusan sekolah telah bermula manakala pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) pula sibuk dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan kawasan dan mengecat semula bangunan sekolah dan asrama.Walaupun kerja -kerja ini belum siap sepenuhnya, pada 2 Januari 1994 sekolah ini mula beroperasi dengan pengambilan pertama pelajar seramai 120 orang pelajar tingkatan 1 dan 120 orang pelajar tingkatan 4, 17 orang kakitangan akademik dan 9 orang staf sokongan.

Kini sekolah ini mempunyai seramai 500 orang pelajar dan 59 orang kakitangan akademik dan 19 staf sokongan. Persekitaran Sekolah Menengah Sains Kuching berubah wajah dengan segala prasarana yang terkini untuk warganya.