Wind Orchestra
LATAR BELAKANG
Orkestra Sainsku dimulakan pada 1997 sebagai sebuah Pasukan Pancaragam yang kemudian beroperasi sebagai Wind Orkestra mulai tahun 2003.

Pasukan Wind Orchestra SM Sains Kuching membuat persembahan di Majlis Anugerah Cemerlang 2008 SainsKu
Alat-alat muzik adalah sumbangan kerajaan negeri Sarawak pada tahun 1997. Peralatan yang berusia lebih daripada 10 tahun ini tidak mencukupi dan kurang sesuai untuk digunakan dalam wind orchestra kerana banyak yang telah rosak dan tidak dapat berfungsi dengan betul . Oleh itu alat-alat muzik perlu diganti.
Sejak ditubuhkan Pasukan Wind Orkestra tidak mempunyai jurulatih professional. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh adalah hasil bimbingan guru muzik, guru penasihat dan bantuan dari bekas pelajar / bekas ahli Wind Orkestra serta komitmen dan ketekunan para pelajar. Selain itu, tiada bilik atau tempat khas untuk latihan Orkestra. Khidmat jurulatih profesional untuk membimbing pelajar dan prasarana yang kondusif amat penting untuk membolehkan Orkestra ini berkembang.
Orkestra Sainsku telah menyertai pelbagai persembahan dan pertandingan selain membuat persembahan di pelbagai majlis keramaian sama ada pada peringkat sekolah ataupun atas jemputan dari pihak luar sama ada di peringkat daerah Kuching atau negeri Sarawak, Orkestra Sainsku mula menyertai Pertandingan Wind Orchestra Sekolah-sekolah Berasrama Penuh anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2004.
Walaupun dibelenggu oleh kedaifan dari segi peralatan muzik dan tanpa bimbingan jurulatih profesional, komitmen dan semangat juang pelajar yang begitu tinggi telah mendorong Orchestra Sainsku untuk mencapai tahap persembahan yang membanggakan sehingga berjaya mendapat Anugerah Perak selama lima tahun berturut-turut ( 2004 – 2008) dalam pertandingan Wind Orkestra SBP.
Kami yakin dengan peralatan yang mencukupi Orkestra Sainsku berpotensi berkembang dengan lebih maju lagi untuk menjadi orchestra yang lebih mantap dan dapat mencapai kejayaan yang lebih tinggi di peringkat kebangsaan dan dapat bersaing atau membuat persembahan di peringkat antarabangsa . Oleh kerana itulah kami mengambil keputusan untuk menjadikan Orkestra Sainsku sebagai kebitaraan sekolah kluster.
OBJEKTIF
- 50% pelajar menengah rendah SMSK dapat mencapai distinction dalam Ujian pencapaiaan Muzik Gred 3 ABRSM / Trinity.
- 50% pelajar terlibat dapat membuat persembahan konsert dalam masa 3 tahun pertama
- Berjaya mencapai Anugerah Emas dalam pertandingan Wind Orkestra SBP pada tahun kelima.
- Membuat Roadshow di peringkat negeri dan menyertai muzik festival antarabangsa.
RASIONAL / JUSTIFIKASI
- Orkestra Sainsku selalu terlibat dalam majlis rasmi di peringkat sekolah.
- Untuk membuat persembahan rasmi mahupun menjayakan sekolah ke peringkat Finale pertandingan W.O SBP kelengkapan alat amat diperlukan.
- Sekolah amat memerlukan sebuah bilik khas yang sesuai untuk latihan dan penyimpanan alat-alat muzik.
- Kemahiran pelajar & guru juga dapat ditingkatkan dengan jurulatih luar professional.
- Orkestra sekolah amat mendapat sokongan para ibu bapa, guru-guru dan pelajar jadi adalah perlu untuk membarakan lagi semangat dan jiwa seni muzik pelajar.
OUTPUT
Orkestra SainsKu layak ke Finale wind orchestra SBP .
- Orkestra SainsKu menjadi orchestra yang terkemuka di negeri Sarawak, terkenal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
- Pelajar yang berkemahiran tinggi dalam penggunakan alat muzik dan tahu menghayati muzik.
- Pelajar berkebolehan menguasai kepelbagaian kecerdasan yang membantu dalam persembahan serta meningkatkan prestasi akademik.
- Ahli Orkestra SainsKu mengembang daya kepimpinan melalui penglibatan dalam Orkestra
FAEDAH
- Pasukan akan menjadi lebih besar dengan kelengkapan alat muzik yang banyak dan dapat menghasilkan bunyi yang lebih harmoni dan merdu.
- Dengan adanya ruang latihan yang sesuai dan kondusif pelajar akan lebih bersemangat dan berkeyakinan tinggi
- Orkestra SainsKu akan menjadi kebanggaan setiap warga sekolah.
JUSTIFIKASI
- Orkestra SainsKu selalu terlibat dalam majlis rasmi di peringkat sekolah.
- Untuk membuat persembahan rasmi mahupun menjayakan sekolah ke peringkat Finale pertandingan W.O SBP kelengkapan alat amat diperlukan.
- Sekolah amat memerlukan sebuah bilik khas yang sesuai untuk latihan dan penyimpanan alat-alat muzik.
- Kemahiran pelajar & guru juga dapat ditingkatkan dengan jurulatih luar professional.
REFLEKSI IMPAK KESELURUHAN PROGRAM
Program kebitaraan Wind Orkestra telah memberi banyak impak positif kepada Pasukan Wind Orkestra SainsKu.
Dengan adanya instrument baru untuk mengganti dan menampung instrument lama yang telah rosak, maka lebih ramai pelajar dapat terlibat secara aktif dalam wind orkestra. Ini juga membantu meningkatkan minat pelajar dalam wind orchestra.
Pengubahsuaian tempat letak bas untuk menjadi Band Stand juga membolehkan wind orchestra berlatih lebih kerap dan dengan lebih selesa lagi tanpa gangguan . Selain itu, penambahbaikan stor peralatan dan kelengkapannya menjamin keselamatan alat. Ini juga mencetuskan perasaan ‘sense of belonging’ yang amat ketara di kalangan ahli Orkestra.
Dengan adanya jurulatih professional , kini ahli wind orchestra mendapat bimbingan yang lebih mantap . Selain membantu mengembang kemahiran muzik, ia juga berjaya meningkatkan keyakinan pelajar dalam latihan dan membuat persembahan.
Pada keseluruhannya Program Kebitaraan ini telah meningkatkan semangat serta motivasi pasukan wind Orkestra SainsKu dan telah membolehkan mereka membuat persembahan yang lebih mantap.



