SM Sains Kuching - Berilmu, Berwawasan, Cemerlang

Makluman
Berita terkini akan dimuat naik tidak lama lagi. Kesulitan amat dikesali.

Guru Oh Guru
BERBURU ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

1979

10 Teknik Menambah Daya Ingatan
1. Pemecahan Kepada Kumpulan (Chunking)

- Beberapa butir maklumat yang tidak berkaitan dikumpul menjadi satu kumpulan mengikut keseragaman tertentu

- Purata chunk yang mampu diterima mental ialah 7 dan paling banyak, 9

- Ia memerlukan irama tertentu supaya lebih diingati disamping mengurangkan kebosanan

2. Gabungan Huruf Pertama

- Setiap huruf awal digabungkan menjadi satu perkataan yang bermakna

- Gabungan huruf ini juga mempunyai susunan tertentu yang ada fungsinya

3. Daya Imaginasi

- Bahan lisan boleh digantikan kepada bahan lukisan dengan pembentukan w atak-watak dibayangkan dalam fikiran. Ianya diberi gambaran supaya lebih jelas.

- “Visual is more powerful than verbal” Daya ingatan dapat dipertingkatkan sekiranya sesuatu maklumat itu diberi ga mbaran melalui daya imaginasi kerana ia lebih jelas serta kekal kalau diban dingkan dengan maklumat dalam bentuk lisan.

4. Mempunyai Makna

- Beberapa maklumat itu boleh dibuat pembahagian mengikut kumpulan tertentu berdasarkan fungsi yang sama

- Maklumat yang ingin dingati boleh dihubungkaitkan supaya dibentuk dalam satu ayat

- Sekiranya maklumat yang ingin diingati adalah terlalu panjang, hubungkait boleh dilaksanakan dengan membentuk satu cerita.

5. Membuat Peta Minda

- Penggunaan satu imej sahaja sudah dapat menjelaskan beribu-ribu perkataan serta menambahkan daya ingatan seseorang.

- Kata kunci berada hampir di bahagian tengah dan idea yang kurang penting berada di bahagian penghujungnya.

- Setiap perkataan hendaklah ditulis dengan huruf besar.

- Setiap perkataan ditulis atas setiap garisan dan setiap garisan hendaklah bersambung dengan beberapa garisan berkaitan.

- Perkataan-perkataan disusun mengikut ruang yang berkaitan.

- Gunakan warna yang terang.

- Peta minda dihasilkan secara bersahaja.

6. Cara Lokasi

- Mestilah berdekatan dengan beberapa ciri-ciri kesinambungan semulajadi.

- Lokasi yang mudah digambarkan.

- Tempat itu boleh berupa tempat yang benar-benar wujud atau rekaan se mata-mata.

7. Penggunaan Kata Kunci

- Perkataan yang hendak diingati digantikan dengan perkataan yang lain tetapi mempunyai persamaan makna.

- Beri gambaran mental pada kata kunci supaya dapat dibayangkan di dalam minda dan cuba terjemahkan.

8. Penggunaan Gambarajah

- Carta pai dan graf bar boleh membantu mengingati maklumat yang ada kaitannya dengan kuantiti.

- Garisan masa, carta aliran, piramid dan susunan tangga lebih sesuai d igunakan untuk mengingati maklumat dalam bentuk peraturan, cara dan langkah -langkah tertentu yang mempunyai susunan tetap.

- Cara ini boleh membantu pelajar mengulangkaji pelajaran dalam menghadapi peperiksaan. Ia juga meringkaskan nota panjang menjadi pendek, jelas serta menarik.

9. Penggunaan Penanda Wacana

- Teknik ini menghubungkan beberapa fakta daripada satu idea kepada satu idea yang mempunyai kesinambungannya.

- Penanda wacana lebih berkesan sekiranya seringkali digunakan.

10. Penggunaan Soalan

- Dapat membantu menjurustumpukan maklumat umum kepada maklumat penting yang perlu diingati.

- Cara ini juga memudahkan proses penyelidikan, pembacaan, pengulangkajian dan pembelajaran dilaksanakan.

Petua Pelajar Cemerlang
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

kita ingat 10 % apayang dibaca

kita ingat 20% apa yang didengar

kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat

kita ingat 70% apa yang dicakapkan

kita ingat 90% setelah dipraktikkan

Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

…Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….

Belajar dalam persekitaran kondusif.

pastikan cahaya adalah terang

kurangkan gangguan bunyi

tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar

tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran

kerusi dan meja menghadap kiblat

jangan lupa untuk senyum

Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

Tahu teknik merangsang memori:

memasukkan maklumat dalam memori (registration)

menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)

mengingat kembali (recall)

menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

Sentiasa awal dan mendahului:

persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.

pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.

belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.

untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

Mempunyai teknik membaca yang betul:

duduk dengan tegak & bernafas dengan betul

memberikan tumpuan sepanuhnya

menggunakan jari telunjuk untuk membaca

menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

Tahu petua mengulang kaji

cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita

siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna

duduk tegak dikerusi yang selesa

baca doa penerang hati

baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul

fikir dan ingat kembali isi utama

catat/lakar

semak semula ketepatan maklumat

ulang sebut atau ceritakan pada orang lain

buat rumusan

jawab soalan

tampal maklumat yang rumit di dinding

baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

Tahu petua-petua agar tidak lupa:

jangan makan kepala ikan

jangan makan organ dalaman

jangan minum semasa makan

jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut

jangan melihat kemaluan

jangan melihat buih

jangan membaca nama pada batu nisan

banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain

banyakkan makan kismis, kurma dan madu

banyakkan makan kekacang

pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan

jangan makan sehingga terlalu kenyang

jangan kencing berdiri

Tahu kemahiran mengingat:

tampal nota-nota penting di dinding

tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah

gunakan kaedah akronim

reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

Cekap mengatur jadual belajar:

mempunyai jadual belajar

patuh kepada jadual

buat jadual yang boleh diikuti

Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

Pelbagaikan tempat belajar.

Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

Ciri-ciri pelajar cemerlang:

taat kepada Allah

mendirikan sembahyang

menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka

hormati & sayangi guru

bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.

suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari

membantu rakan yang memerlukan

berdoa dan bersyukur kepada Allah

sentiasa bertawakal

mahir dalam setiap mata pelajaran

Guru Cemerlang
Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan, gagasan Guru Cemerlang (GC) telah diperkenalkan pada tahun 1993. Jawatan GC merupakan suatu bentuk insentif kepada guru yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang mata pelajaran masing-masing.

Guru Cemerlang telah mula diperkenalkan pada tahun 1994 berasaskan memorandum Kementerian Pendidikan Malaysia kepada Kabinet bertajuk “Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan – Cadangan Ke Arah Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Pendidikan Dan Menghasilkan Guru Yang Cemerlang” (April 1993).tahun 1994, sistem kenaikan pangkat dalam Perhidmatan Pendidikan hanya berasaskan satu model sahaja. Seseorang yang dinaikkan pangkat dari DG41 (guru siswazah) ke DG48 misalnya, akan menjawat jawatan baru seperti Pengetua atau Pegawai Pendidikan Daerah. Ia akan menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan meninggalkan tugas-tugas lama sebagai guru dan pendidik. Dengan kata lain apabila seseorang guru itu dinaikkan pangkat, ia akan keluar dari tugas perguruan ataupun “moving up is moving out”.

Kenaikan pangkat dalam Perkhidmatan Pendidikan sebagai satu perkhidmatan profesional tidak semestinya berlandaskan satu model sahaja. Dalam perkhidmatan profesional kenaikan pangkat harus juga memberi pertimbangan kepada perkembangan profesion itu sendiri.

Pegawai harus diberi laluan untuk boleh meningkatkan kerjaya dalam profesion berkenaan tanpa meninggalkannya – “moving up need not necessarily be moving out”.Peluang untuk naik pangkat dalam jawatan yang sama akan dapat mempertingkatkan kualiti profession. Apabila guru-guru dinaikkan pangkat dalam jawatan yang sama dan terus mengajar, kebolehan dan kepakarannya dalam bidang pendidikan akan terus dapat dimanfaatkan.

Sebaliknya apabila guru-guru yang baik dan cermerlang dari aspek di kelas dinaikkan pangkat ke jawatan “pentadbir” dan tidak lagi mengajar, kualiti pendidikan akan terjejas. Dengan kata lain “Education loses when promotion begins”.

Manfaatkan Perpustakaan
Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.

Study Group
Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.

Siapkan Tugasan
Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

Berbincang
Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

Beri Pendapat
Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.