Utama » Berita

Ruangan : Berita

4 Jun 2009 - 2:52 am
Sainsku Cemerlang

Sekolah Menengah Sains Kuching sekali lagi menjadi perhatian di kalangan sekolah berasrama apabila berjaya meraih gelaran Anugerah Asrama Terbilang, Sekolah Berasrama Penuh yang telah diumumkan pada hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Ke-36 yang telah diadakan dari 28 Mei hingga 2 Jun di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Sainsku membawa pulang sebuah piala pusingan dan hadiah wang sebanyak RM10,000.  Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah mendapat tempat kedua sementara SBP Intergrasi Gombak tempat ketiga.
Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada asrama yang gemilang dan terbilang dalam kalangan Sekolah Berasrama Penuh yang mana telah berjaya mewujudkan …

18 May 2009 - 2:57 am
Pilihanraya MPP 2009

Pada 3 April yang lepas, pilihanraya bagi merebut 6 jawatan tertinggi Majlis Pemimpin Pelajar telah diadakan di Dewan Seri Gemilang bermula jam 8.30 malam.  Lebih 500 pelajar dan 53 orang guru layak memilih dan menentukan kepimpinan tersebut. Para guru telah mengundi awal pada jam 10.00 pagi sementara pelajar pula mengundi malam. Keputusan pengundian tersebut adalah seperti berikut:
Pengerusi                         :   Mohamed Amirul Arshad b Mohd Zamri
Timbalan Pengerusi 1 :   Nur Hanisah bt Abdul Latip
Timbalan Pengerusi 2 :   Ewan Asyraf b Majid
Setiausaha Kehormat  :   Muhamad Tirmizi b Dahri
Naib Setiausaha             :   Nur Shahkinnah bt …

18 Mar 2009 - 7:04 pm
Keputusan SPM Membanggakan!

Membanggakan! Itulah ungkapan terbaik untuk pencapaian SPM 2008 SainsKu yang baru sahaja diumumkan keputusannya beberapa minggu lepas. SainsKu mencipta satu lagi sejarah ‘pertama’ SPM pada tahun ini apabila 3 orang pelajar mendapat keputusan 101A dan 14 pelajar memperoleh semua A.
Keputusan yang terbaik setakat ini dari segi pelajar mendapat semua A dalam semua mata pelajaran. Sekolah mencapai 100% kelulusan. Disamping itu, gred purata sekolah menunjukkan peningkatan sedikit iaitu 2.438 berbanding dengan gred purata sekolah tahun 2007.Tetapi kedudukan secara keseluruhan SBP menunjukkan ada penurunan sedikit.
Bagi perbandingan keputusan SPM 2007 & 2008 untuk …

29 Jan 2009 - 4:46 pm
Lawatan Ke Mozac

Satu rombongan dari SMS Kuching  mengadakan program perkongsian bijak dengan penempatan seramai 6 orang pelajar T5 dan 2 orang pelajar T4 beserta 3 guru dan 2 staff di Mozac. Semua pelajar dan guru berpeluang mengikuti semua siri aktiviti pembelajaran dan pengajaran sejak ketibaan mereka isnin 19 Jan hingga pagi jumaat 23jan .
Antara aktiviti yang melibatan mereka adalah pengajaran dan pembelajaran , kegiatan riadah, kokurikulum dan perkongsian aktiviti sistem rumah dan pengawas.Disamping itu rombongan juga bekesempatan dijamu ikan bakar, melawat sekitar Ayer Keroh, Banda Hilir, dan persekitaran Melaka .Pada pagi hari …

19 Oct 2008 - 4:20 pm
Robotik Energising 2008

Tiga pelajar Sekolah Menengah Sains Kuching berjaya mencipta robot dinamakan Auto Reeyder yang mampu mengasingkan sampah daripada sisa pepejal lain.
Abang Mahathir Abang Mohamad Noor dan Nadhirah Mohd. Pangi bersama robot ciptaan mereka, Auto Reeyder pada pertandingan Robotik Energizing 2008 di Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya, Kuching, semalam
Ciptaan robot pelajar itu dipertandingkan pada ‘Robotik Energising 2008’ anjuran Kementerian Pelajaran dan syarikat penerbitan, Sasbadi, melibatkan penyertaan 21 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh Sarawak.

19 Mar 2008 - 5:03 pm
Anugerah Perak Wind Orchestra

LIMA buah sekolah, iaitu Sekolah Tun Fatimah, Sekolah Alam Shah, Kolej Tunku Kurshiah, Sekolah Datuk Abdul Razak dan Sekolah Seri Puteri terpilih ke pertandingan akhir Wind Orchestra Ke-8 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur 17 Julai ini.
Pemilihan kelima-lima sekolah itu juga melakar sejarah kerana buat pertama kalinya mereka beraksi di depan para delegasi antarabangsa yang hadir untuk Persidangan Sedunia Pendidikan Muzik anjuran UNESCO di Kuala Lumpur.
Kemenangan yang disifatkan memberi erti yang besar kepada semua sekolah itu juga membawa petanda bahawa pendidikan muzik kini bukan sekadar pendidikan tempelan tetapi sesuatu yang serius …