Ruangan : Berita
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2010
Majlis Anugerah Cemerlang telah berlangsung pada 29 April 2010 yang lepas. Majlis yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik telah disempurnakan oleh Y.B. Ir. Datuk Haji Daud bin Abdul Rahman, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur.
Beberapa bahagian anugerah telah disampaikan antaranya ialah :
• Anugerah Subjek Terbaik Peringkat Menengah Rendah Tingkatan 1 (2009)
• Anugerah Subjek Terbaik Peringkat Menengah Rendah Tingkatan 2 (2009)
• Anugerah Subjek Terbaik Peringkat Menengah Atas Tingkatan 4 (2009)
• Anugerah Kedudukan 3 Terbaik Setiap Kelas Bagi Tingkatan 1 (2009)
• Anugerah …
Pada 27 Februari yang lepas, SM Sains Kuching telah mengadakan sambutan Maulidul Rasul tahun 2010. Sambutan ini telah dihadiri oleh guru-guru dan kakitangan sekolah yang beragama islam. Pertandingan perarakan antara rumah telah diadakan pada hari tersebut bagi memeriahkan lagi sambutan. Bermula jam 8.00 pagi dengan rumah Emerald diikuti oleh Diamond, Ruby dan Sapphire. Pelajar-pelajar bermula dari tempat letak kereta berhampiran pondok pengawal ke Dewan Selera Bestari sambil berzikir. bacaan zikir diketuai oleh wakil setiap rumah yang telah dipilih. Sejurus selepas perarakan, pelajar dan guru bergerak ke Surau darul Faizhin bagi …
By Andee Yeo
SainsKu was pleasantly surprised when the new Education Counsellor at the Australian High Commission included us in her busy Sarawak itinerary last week. Ms. Louise McSorley - together with Ms Nha Linh Thai, Strategic Projects Manager at AEI (Australian Education International) KL – arrived early Friday morning, the 5th March 2010, and was welcomed by the Principal and members of her management team.
Ms McSorley and Ms Thai were then feted at a special assembly in the school hall where they were officially welcomed. In her …
Kegemilangan Asrama Sainsku diteruskan lagi dengan Hari Asrama Terbuka. Pertandingan merebut tahta bilik terbaik menjadi idaman setiap penghuni asrama. Persiapan yang singkat tidak menghalang setiap bilik mempersembahkan yang terbaik. Pertandingan bermula pada 6 Februari seawal 7.30 pagi dengan taklimat kepada para hakim.
Jam 8.30 bermula penghakiman. Banyak kategori dipertandingkan dan ini memberi peluang setiap bilik meraih kejayaan mereka sendiri. Namun pertaruhan besar ialah Bilik Terbaik dan Blok Terbaik Keseluruhan serta Rumah Terbaik Keseluruhan.
Pendaftaran tingkatan 1 pada 11 Januari 2010 bermula. Seramai 83 orang pelajar baru telah mendaftar. Minggu ini merupakan minggu orentasi bagi pelajar-pelajar tersebut bagi menyediakan mereka dengan persekitaran Sekolah Berasrama Penuh.
Jadual agihan guru untuk 2010 telah siap. Guru-guru boleh menyemak agihan tersebut melalui portal Kurikulum - Jadual Guru 2010. Jadual wktu guru akan dikeluarkan sebelum Disember 2009. Harap Maklum
Majlis Graduasi SM Sains Kuching telah diadakan pada 29 Oktober lepas dalam usaha meneruskan tradisi mengiktiraf pencapaian pelajar dalam bidang akademik. Majlis yang penuh gilang gemilang ini diserikan dengan kehadiran wakil YB Hj Fadillah bin Hj Yusof, Timbalan Menteri Sains dan Teknologi dan Inovasi.
Majlis yang bertujuan mengiktiraf pencapaian pelajar-pelajar tingkatan 5 bermula jam 8.15 pagi. 94 orang pelajar tingkatan 5 menerima sijil masing-masing.
Anugerah Ibnu Sina 2009 -Haszura anak Senghie
Anugerah Ibnu Khaldun 2009 - Mohd Hasbullah bin Putra
Penerima Anugerah Subjek Terbaik.
Simrenjit kaur A/P Sarwan Singh - Bahasa Melayu / Bahasa …
Pasukan Formula 1 Inschools SM Sains Kuching berjaya meraih tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan Formula 1 Technology Challange Peringkat Negeri yang telah diadakan dari 19 hingga 20 September 2009 di SMK Matang Jaya. Blazin’ Beat dan Tranzenith mempamerkan prestasi cemerlang untuk mengenepikan pasukan saingan. SMK Batu Lintang menghantar 3 pasukan, SMK Perta Jaya dan SMK Matang Jaya menghantar 2 pasukan, SM Teknik Kuching, SMK St Columba, SMK Sacred Heart masing-masing menghantar 1 pasukan.
Pasukan Blazin’ Beat mendapat tempat kedua dan meraih anugerah Rekabentuk Kejuruteraan Terbaik dan pasukan …
Sekolah Menengah Sains Kuching sekali lagi menjadi perhatian di kalangan sekolah berasrama apabila berjaya meraih gelaran Anugerah Asrama Terbilang, Sekolah Berasrama Penuh yang telah diumumkan pada hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh Ke-36 yang telah diadakan dari 28 Mei hingga 2 Jun di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Sainsku membawa pulang sebuah piala pusingan dan hadiah wang sebanyak RM10,000. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah mendapat tempat kedua sementara SBP Intergrasi Gombak tempat ketiga.
Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada asrama yang gemilang dan terbilang dalam kalangan Sekolah Berasrama Penuh yang mana telah berjaya mewujudkan …
Pada 3 April yang lepas, pilihanraya bagi merebut 6 jawatan tertinggi Majlis Pemimpin Pelajar telah diadakan di Dewan Seri Gemilang bermula jam 8.30 malam. Lebih 500 pelajar dan 53 orang guru layak memilih dan menentukan kepimpinan tersebut. Para guru telah mengundi awal pada jam 10.00 pagi sementara pelajar pula mengundi malam. Keputusan pengundian tersebut adalah seperti berikut:
Pengerusi : Mohamed Amirul Arshad b Mohd Zamri
Timbalan Pengerusi 1 : Nur Hanisah bt Abdul Latip
Timbalan Pengerusi 2 : Ewan Asyraf b Majid
Setiausaha Kehormat : Muhamad Tirmizi b Dahri
Naib Setiausaha : Nur Shahkinnah bt …



