SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 2010
Pada 27 Februari yang lepas, SM Sains Kuching telah mengadakan sambutan Maulidul Rasul tahun 2010. Sambutan ini telah dihadiri oleh guru-guru dan kakitangan sekolah yang beragama islam. Pertandingan perarakan antara rumah telah diadakan pada hari tersebut bagi memeriahkan lagi sambutan. Bermula jam 8.00 pagi dengan rumah Emerald diikuti oleh Diamond, Ruby dan Sapphire. Pelajar-pelajar bermula dari tempat letak kereta berhampiran pondok pengawal ke Dewan Selera Bestari sambil berzikir. bacaan zikir diketuai oleh wakil setiap rumah yang telah dipilih. Sejurus selepas perarakan, pelajar dan guru bergerak ke Surau darul Faizhin bagi sesi ceramah oleh Ustaz Sulaiman. Beliau telah menyampaikan ceramah tentang kisah Rasulullah S.A.W. menyebarkan dakwah dan sifat-sifat kemuliaan yang perlu ada pada diri setiap pelajar. Program berakhir pada jam 10.30 pagi.











